KEM HERBA - Lokasi latihan yang sangat menarik dan semakin popular di Sungai Congkak Hulu Langat. Sudah berpuluh malah beratus sekolah dan universiti sekitar lembah klang telah menjadikan Kem Herba tempat untuk melaksanakan program motivasi, unit beruniform dan pelbagai aktiviti luar yang menyeronokkan sejak ia dibuka kepada umum 10 tahun yang lalu.
Terdapat pelbagai fasiliti yang Top Notch seperti dorm dan chalet yang dilengkapi kemudahan katil tilam dan bantal serta kipas angin sedia untuk diduduki. Tumbuh-tumbuhan herba serta pokok buah-buahan malah pokok-pokok hutan menjadikan suasana dingin dan sejuk - sesuai untuk lokasi penenang jiwa yang kacau akibat hiruk pikuk kota yang meresahkan.
Makanan yang disediakan di Kem Herba dimasak oleh tukang masak handalan iaitu Puan Zalinah dan dibantu oleh Chef Hafiz. Memang sedap dan sangat menyelerakan. Pasti teringat-ingat selepas pulang dari Kem Herba.!!
Herba merupakan tarikan utama pelanggan dan para tetamu yang berkunjung di Kem Herba. Pelbagai pokok herba yang menjadi khazanah negara tumbuh segar di sini. Pengalaman merasai Buah Ajaib, melihat Daun Menari, menimbang Kayu Teringan, menghidu Pokok Busuk dan memakan Daun Manis antara aktiviti yang harus dicuba oleh pengunjung di sini. Sesi penerangan dan lawatan herba diberikan secara percuma oleh Dr Mohd Noor kepada semua. Datanglah ke mari. Pasti penuh ilmu Herba di dada pabila pulang.
Harga untuk tempahan bagi kumpulan tidak kurang dari 50 orang meliputi segala kemudahan tempat tinggal dan dewan serta makan minum adalah sebanyak RM70/pax selama 3 hari 2 malam. Antara yang termurah dan berpatutan di daerah Hulu Langat yang permai ini.
TUNGGU APA LAGI
HANYA RM 70 / PAX / 3 HARI 2 MALAM
HANYA RM 70 / PAX / 3 HARI 2 MALAM
HUBUNGI
DR MOHD NOOR - 012-3057161 @ PUAN ZALINAH - 012-9025852
@ EN. HAFIZ (Pengurus Pemasaran) 013-2563630 (whatsapps sahaja)
DR MOHD NOOR - 012-3057161 @ PUAN ZALINAH - 012-9025852
@ EN. HAFIZ (Pengurus Pemasaran) 013-2563630 (whatsapps sahaja)
UNTUK TEMPAHAN.
Papan tanda menggamit perhatian pengunjung |
jambatan penghubung ke Kem Herba |
Flora warna warni |
duduk-duduk santai |
Padang aktiviti |
pokok - pokok herba dan buah-buahan |
salah sebuah dorm |
air sungai sejuk mengalir jernih |
padang aktiviti yang indah dan luas |
Salah sebuah dewan dan dorm yang mampu memuatkan 60 orang |
bahagian dewan atas yang cantik |