Wednesday, March 19, 2014

KEM HERBA - Sedia menerima kunjungan dan tempahan..!!

KEM HERBA - Lokasi latihan yang sangat menarik dan semakin popular di Sungai Congkak Hulu Langat. Sudah berpuluh malah beratus sekolah dan universiti sekitar lembah klang telah menjadikan Kem Herba tempat untuk melaksanakan program motivasi, unit beruniform dan pelbagai aktiviti luar yang menyeronokkan sejak ia dibuka kepada umum 10 tahun yang lalu.

Terdapat pelbagai fasiliti yang Top Notch  seperti dorm dan chalet yang dilengkapi kemudahan katil tilam dan bantal serta kipas angin sedia untuk diduduki. Tumbuh-tumbuhan herba serta pokok buah-buahan malah pokok-pokok hutan menjadikan suasana dingin dan sejuk - sesuai untuk lokasi penenang jiwa yang kacau akibat hiruk pikuk kota yang meresahkan.

Makanan yang disediakan di Kem Herba dimasak oleh tukang masak handalan iaitu Puan Zalinah dan dibantu oleh Chef Hafiz. Memang sedap dan sangat menyelerakan. Pasti teringat-ingat selepas pulang dari Kem Herba.!!


Herba merupakan tarikan utama pelanggan dan para tetamu yang berkunjung di Kem Herba. Pelbagai pokok herba yang menjadi khazanah negara tumbuh segar di sini. Pengalaman merasai Buah Ajaib, melihat Daun Menari, menimbang Kayu Teringan, menghidu Pokok Busuk dan memakan Daun Manis antara aktiviti yang harus dicuba  oleh pengunjung di sini. Sesi penerangan dan lawatan herba diberikan secara percuma oleh Dr Mohd Noor kepada semua. Datanglah ke mari. Pasti penuh ilmu Herba di dada pabila pulang. 


Harga untuk tempahan bagi kumpulan tidak kurang dari 50 orang meliputi segala kemudahan tempat tinggal dan dewan serta makan minum adalah sebanyak RM60/pax selama 3 hari 2 malam. Antara yang termurah dan berpatutan di daerah Hulu Langat yang permai ini.


TUNGGU APA LAGI

 HANYA RM 60 / PAX / 3 HARI 2 MALAM
HUBUNGI 

DR MOHD NOOR - 012-3057161 @ PUAN ZALINAH - 012-9025852 
@ EN. HAFIZ (Pengurus Pemasaran) 013-2563630
UNTUK TEMPAHAN.

Papan tanda menggamit perhatian pengunjung
jambatan penghubung ke Kem Herba

Flora warna warni

duduk-duduk santai
Padang aktiviti
pokok - pokok herba dan buah-buahan

salah sebuah dorm

air sungai sejuk  mengalir jernih 

padang aktiviti yang indah dan luas

Salah sebuah dewan dan dorm yang mampu memuatkan 60 orang

bahagian dewan atas yang cantik

ruang dewan


Dr Mohd Noor Shamsudin
Bekas Pensyarah di Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia

Puan Zalinah Zainuddin -
 Isteri Dr Mohd Noor - Merangkap Ketua Chef Kem Herba ketika menunaikan haji di Mekah


TUNGGU APA LAGI 

 HANYA RM 60 / PAX / 3 HARI 2 MALAM
HUBUNGI SEGERA


DR MOHD NOOR - 012-3057161 @ PUAN ZALINAH - 012-9025852 
@ EN. HAFIZ (Pengurus Pemasaran) 013-2563630
UNTUK TEMPAHAN.



Pengalaman yang menyeronokkan  menanti anda di sini.




GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI KEM HERBA






Beg-beg peserta dikumpulkan terlebih dahulu sebelum peserta diagihkan ke kediaman masing-masing


seronoknya adik-adik diikat berjemaah


tekun mendengar penerangan mengenai pokok-pokok herba yang terdapat di Kem Herba


KRS PUTRAJAYA


Baru tiba

sejuk & dingin
Hari Keluarga TAPAH ROADIANS di Kem Herba pada 21-23 Mac 2014
Tema - KUNING
Ke Garisan...Get Set..Goooo.....

Thursday, February 6, 2014

BELON HERBA

Bila terdengar perkataan HERBA, apa yang terbayang di fikiran kebanyakan dari kita adalah ubat-ubatan semulajadi.

Namun, ramai orang tidak tahu selain daripada  kegunaan perubatan, zaman kanak-kanak bagi generasi terdahulu (Generasi Baby Boomers, Generasi X dan sebahagian Generasi Y), tumbuhan herba juga digunakan sebagai permainan untuk mengisi masa lapang mereka.

Di Kem Herba Sungai Chongkak, sesiapa yang berminat boleh belajar daripada Dr Mohd Noor pelbagai permainan yang semakin dilupakan ini. Generasi Ipad, Iphone , Tablet dan Adroid, ayuh datang ke sini.

Saksikan.....

video